Golongan Lepak
banyak tempat dekat Malaysia ni, kalau korang pergi je, orang akan label kamu sebagai sesuatu. maksud aku, contohnya kalau kamu pergi Pavilion, lepak dekat tangga, maksudnya, kamu seorang BBNU, abbreviasi untuk Budak Baru Nak UP.
itu baru Pavilion, ada banyak lagi tempat lepak dekat Malaysia ni yang kamu biasa pergi. Ada yang lepak mamak, tepi longkang, The Curve, Starbucks, restoran melayu, kelab malam, downtown dan beberapa tempat lagi. jadi kali ini, aku nak cerita sedikit pasal tempat-tempat lepak yang common di Malaysia ni.
Golongan Lepak Mamak
Golongan ini memang paling ramai, kebiasaannya geng-geng yang suka tengok bola, ada juga geng yang suka tengok bola lain, tak kurang juga yang taktau apa-apa pasal bola. maksudnya, golongan lepak mamak ni datang dari variasi personaliti. golongan ini, akan habiskan masa paling lama 3 jam dekat mamak, paling sekejap 1 jam.
biasanya kalau tengok bola full time, dah makan masa 2 jam. lepas tu akan ada pre dan post match review, yang mana setengah jam dihabiskan untuk setiap review. bagi geng lain yang lepak mamak, diorang tak harapkan apa-apa kecuali sepinggan roti canai dan teh o ais untuk ringan-ringan.
Golongan Lepak Restoran Melayu
Okay, golongan ini biasanya terdiri daripada orang yang berumur 25 tahun dan ke atas, kebiasaannya sudah bekerjaya dan mempunyai koloni sendiri. contohnya macam geng-geng Kancil Turbo, geng-geng 135LC dan juga geng-geng Perdana Turbo. kebiasaannya, golongan ini sudah berumah tangga, cuma sebilangan kecil sahaja yang belum.
Golongan ini biasa menghabiskan masa tak kira berapa lama pun untuk lepak, 3 jam, 5 jam. terpulang kepada individu. kalau yang sudah ada isteri, biasa akan balik awal. lepas itu akan cakap,
"kereta gua dah servis, bini gua sape nak servis kalau bukan gua?"
Golongan Lepak Tepi Longkang
haa golongan ini biasanya budak-budak sekolah. Mak ayah tak bagi kebenaran untuk pergi Pavilion, jadi tepi longkang pun boleh jadi pilihan. setiap kali lepak, akan ada seorang dua yang bawak dan main gitar. aktiviti melepak tepi longkang biasanya tidak ada objektif, mereka akan menghabiskan masa seberapa lama yang mampu sebelum pulang ke rumah.
Golongan Lepak Gymnasium
Golongan elit biasanya lepak gym, sebab nak masuk gym, duit kena banyak, dalam sebulan beberapa ratus perlu dihabiskan untuk gym, protein dan juga weight gain. terdiri daripada golongan yang bekerjaya, dan bekerja pada waktu pejabat. Golongan Lepak Gymnasium dan Golongan Lepak Mamak biasanya berkait, sebab lepak lepak gym, lepak mamak pulak. lepak je kerja diorang ni.
Golongan Lepak Mall
Aku taknak bias terhadap Pavilion sahaja, kita perlu berfikir secara global. okay golongan lepak mall ni boleh jadi geng-geng budak sekolah menengah. Bergantung kepada jenis sekolah, tapi selalu budak sekolah harian je yang lepak mall. budak SBP dan MRSM lepak mall time outing hari sabtu sahaja. budak sekolah harian akan lepak mall boleh kata setiap hari. Tiada objektif dapat dikenal pasti, tapi boleh jadi mereka mahu cuci mata mencari lelaki/wanita, masuk kedai teddy bear, cari barang-barang yang boleh dibeli dengan duit kurang dari RM10.
Golongan Lepak Starbucks
Boleh jadi dari golongan elit. boleh juga jadi dari Golongan Lepak Gymnasium tadi. sebab anda perlu ada duit lebih dari RM10 untuk minum, makan di sini. Tapi ada juga geng-geng sengkek yang datang Starbucks untuk main WiFi sahaja. Geng budak sekolah harian adalah hampir mustahil untuk dijumpai di sini, kecuali budak sekolah yang merupakan anak kepada golongan elit. Geng-geng makwe yang suka pakai tudung lilit-lilit juga biasa lepak Starbucks. Geng-geng pakai tudung lilit dan bergaya ni biasanya anak orang kaya, sebab itu mampu lepak Starbucks. Geng tudung bawal ada lah seorang dua yang datang, itu pun dengan pakwe.
Golongan Lepak Masjid
Yang ini yang last, golongan lepak masjid atau surau biasanya terdiri dalam golongan umur 40 tahun ke atas, sudah pencen, ada anak-anak yang dah besar. golongan ini akan berkumpul selepas waktu Solat untuk bersembang tentang dunia (Walaupun mereka tahu tak baik untuk bersembang tentang dunia di Masjid). geng Jawatankuasa Kerja Kampung boleh jadi majoriti golongan ini. Golongan ini dikenali ramai kerana sikap mereka yang rajin ke masjid. golongan ini jugalah yang sering memenuhi masjid kalau ada makan-makan. Objektif mereka? Mula-mula datang untuk Solat, tapi bila dah jumpa kawan-kawan, bersembang lah apa lagi.
Ini cuma sedikit golongan yang dapat aku tafsirkan, ada pelbagai golongan lagi cuma tidak ketara. walau apa pun golongan kamu, pastikan anak bini, kerja semua dah dikerjakan dahulu baru lah lepak. ini tidak, kamu makan dekat masjid, anak bini dekat rumah kebulur tunggu kamu balik makan. kesian kan.


